Sunday, September 22, 2013

Pulau Harapan

Entri blog kami pada kali ini adalah mengenai Pulau Harapan dalam membangunkan Port Dickson sebagai sebuat pusat pelancongan yang terkenal pada hari biasa. Selain itu kami jugak ingin menjadikan PD sebagai destinasi wajib dikunjungi di Malaysia dengan menitikberatkan kebersihan dan kecantikan PD dan menyajikan aktiviti tarikan pelancong yang sangat menarik.

Antara aktiviti tarikan pelancong :

1. Replika Ikan Duyung




Sebuah replika ikan duyung akan dibina diatas pantai bagi melambangkan logo Pulau Harapan.


2. Outdoor Activities : Extreme & Water sport


Sukan di stesen pertama ialah menunggang kuda

Sukan di perhentian kedua ialah 'flying fox'

Sukan di perhentian ketiga ialah ' banana boat'

Sukan di perhentian keempat ialah 'water ski'

Sukan di perhentian kelima ialah 'parasailing'

Pelancong boleh menaiki jambatan gantung sebagai laluan singkat

3. MTV Obstacle Race

Sebuah basikal digunakan untuk merentasi halangan alam diadakan dalam bentuk pertandingan diatas air (laut). Pemenang akan dihadiahi tiket diskaun, menikmati Chef Performance di Restoran Jambatan, di Spa atau Outdoor Activities

Hadiah pertama : Diskaun 50%
Hadiah kedua : Diskaun 30%
Hadiah ketiga : Diskaun 10%

4. Restoran Jambatan

Sepanjang 3KM (bermula di kampung Batu 2 hingga ke Taman Samudera.

Keistimewaan Restoran Jambatan :

  • Pelancong dapat menyaksikan dan berpengalaman untuk merasa sendiri masakan dari chef Korea dan Jepun. Chef chef ini akan mempersembahkan bakat dan membuat persembahan menggunakan makanan yang dipesan oleh pelanggan dia hadapan pelanggan itu sendiri.
  • Selain menikmati hembusan angin laut malam, pelanggan akan menikmati pemandangan indah dari laut sambil menikmati hidangan yang disediakan oleh chef professional iaitu Water Gush Image / Water Fountain Image. Ia adalah gambaran / image bercahaya seolah-olah bergerak menari dilautan yang dapat dilihat pada ketinggian yang tinggi iaitu di Restoran Jambatan.
5. Gift Stall

Spenjang Restoran Jambatan dan sepanjang pantai

  • Terdapat 14 buah gift stall yang merangkumi 14 buah negeri di Malaysia yang akan diadakan disepanjang Restoran Jambatan dan 5 disepanjang pantai. Restoran ini akan dibuka pada siang hari sahaja.
6. Kolam Air Panas dan Spa




  • Terletak di pusat pekan PD. Pelancong juga boleh merehatkan badan mereka dengan urutan spa dan diberikan snek malam seperti coklat dan makanan ringan lain. Tiada bayaran dikenakan di kolam air panas tetapi untuk perkhidmatan spa akan dikenakan bayaran. 
  • Penduduk kampung juga boleh meniaga kecil kecilan disekeliling kolam air panas dengan menyewa tapak yang ditawarkan disekeliling kolam air panas tersebut.
7. Pantai Bercahaya

  • Tarian bebas oleh pelancong sendiri, bebas memilih muzik sendiri atas persetujuan ketua acara
  • Pertunjukan bunga api dengan mempamerkan pelbagai bentuk oleh pakar.
  • Program latihan silat
  • Gazebo yang dibaik pulih yang dinaik tarafkan sepanjang pantai setelah kerja pembersihan dilakukan dan selesai
8. Wireless- WiFi


  • Membina dunia tanpa sempadan untuk menarik pelancong datang dengan lebih kerap pada hari biasa.
  • Apabila pelancong dan masyarakat umum yang datang ke PD melayari internet, promosi PD - Pulau Harapan The Mermaid Island akan muncul di laman sesawang utama.
9. UiTM PD



  • Pusat belajar yang menawarkan bidang pelajaran yang baru seperti maritim, kulinari, tourist dan bisnes
10. Strategi Pemasaran dan Promosi
  • Disamping diskaun dan promosi hebat setiap aktiviti, kami menekankan publisiti seperti media massa. Malah, artis terkenal Maya Karin juga dijadikan sebagai model dan jurucakap.
11. Peranan Kerajaan dan Majlis Perbandaran



  • Kerajaan bertanggungjawab penuh meyediakan dan membaik pulih infrastruktur awam seperti jalan raya dan kemudah awam lain lain. Kerajaan juga mestilah mempromosikan pantai PD sebagai salah satu destinasi wajib di Malaysia.
  • Majlis Perbandaran pula sebagai pemulihara segala kemudahan dan kebersihan pantai. Sentiasa menjaga imej pantai kerana dikhuatiri pantai akan terbiar tidak diurus dengan baik.



No comments:

Post a Comment